BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, June 12, 2009

Kisah budak belang ( hanya dogengan }

Al kisah pada satu zaman lahirlah insan yang bernama Amran ke dunia. Tiada cacat celanya cuma badannya separuh hitam dan separuh putih. Amran berasa sangat malu akan dirinya dan selalu bertanya ibu perihal dirinya.

Apabila Amran sudah meningkat remaja bertanyalah Arman kepada ibunya " Umi kenapa dengan Arman tak seperti orang lain badan sebelah putih dan hitam seperti ini " Ibunya menjawab " Tak apalah Arman syukurilah nikmat Tuhan kerana memberi tubuh badan yang sihat ". Amran seperti tidak berpuashati " Bukan tidak bersyukur ibu tetapi apakah salah Amran sehingga dia menjadikan Amran begini rupanyadan menjadi bahan tertawa orang lain " " Umi bolehkah Amran berjumpa sendiri dengan tuhan itu agar Amran sendiri boleh bertanya padanya " Ibunya lantas diam lalu berkata " Ibu sendiri sudah menasihatikan mu, terpulang padamu tapi .... ibu sendiri pun tidak tahu apakah caranya "
" Klau begitu Umi izinkanlah anakmu ini mengembara mencari caranya " Ibunya hanya mampu menitiskan airmata dan mengangguk kecil tanda setuju. " Umi izinkan Amran, ayah mu pun sudah lama menemui tuhannya , kalau Amran berjaya sampaikanlah salam Umi buatnya ".
Berbekalkan satu persoalan yang perlu difahami dan sedikit makanan Amran memulakan perjalanan yang mungkin tiada penghujungnya.

Hari berganti hari bulan berganti bulan Amran terus mengembara dan bertanya pada sesiapa sahaja bagaimana untuk bertemu dengan tuhannya.

Pada suatu hari Amran berhenti rehat di sebuah pintu Gua. Tidak semena mena ditegur oleh seorang tua yang berjanggut berjambang. Dahinya hitam seperti lebam dan berjubah putih yang sudah usang. Sekilas kata hati Amran berkata orang tua itu pasti seorang yang kuat amalannya.

" Wahai orang muda , kau ini seperti sedang mengembara, gerangan apakah yang dicari ."
" Maafkan saya pendita saya hanya ingin berehat seketika. Benar saya mengembara ingin mencari tuhanku yang menjadikan aku sebegini badanku putih sebahagian dan hitam sebahagiannya lagi. Adakah pendita tahu bagaimana caranya? "

Orang tua itu termenung panjang memikirkan kata kata Amran.

" Saya pun tidak tahu apakah caranya. Teruskanlah pengembaraan mu nanti mungkin ada petanda manalah tahu. "
" Tetapi kalau kau berhasil menemuinya sampaikanlah salamku dan bertanyalah apakah syurga yang akan ku masuki bila ku mati kelak. Aku ini beribadat sudah bertahun lamanya dan tiada yang kutinggalkan hingga hitam dahiku dan lekuk batu sejadahku. "

" Baiklah pendita, akan kusampaikan salam dan pertanyaan mu itu ".

Setelah puas berihat Amran pun meneruskan perjalanannya.

Tanpa penat Amran terus mengembara. Hujan, ribut, kemarau baginya adalah perkara kecil berbanding dengan apa yang dicari.

Dalam perjalanan Amran terserempak dengan seorang tua yang kusut masai, berjanggut berjambang dan menangis hiba berterusan.

" Wahai orang tua, apakah gerangan yang menyedihkan tuan sehingga air mata berjujuran tanpa henti. Jikalau aku ini berkemampuan pasti ku bantu apa yang perlu "
Orang tua itu pun bertanya " Wahai orang muda, kamu ini seperti seorang pengembara kemanakah gerangan tujuan mu "
Lalu Amran membuka bajunya " Inilah jawapan yang ingin ku cari dari tuhankan, mungkin tuan boleh memberi panduan dimanakah harus ku tuju untuk mencari tuhanku"
Lalu menangis hiba orang tua itu " Wahai orang muda aku ini tidak tahu caranya tapi mahukah kau menolongku ?"
" Boleh selagi aku ini terdaya "
" Apabila kau berjumpa tuhanmu sampaikanlah salamku dan nanti kau tanyakanlah dineraka manakah aku nanti apabila sudah mati. Aku ini seorang yang dulunya sangat jahat. Membunuh, minum arak, berzina dan merogo saudara perempuankul seperti mainan bagiku ."
" Baiklah orang tua akan ku panjangkan salam dan pertanyaan mu itu, semoga Tuhan mengasihani dirimu "

Amran pun meneruskan perjalanan sehingga ia berjumpa denganseorang pencari buluh.
" Wahai orang muda kemanakah gerangan ? "
" Aku ini ingin berjumpa dengan Tuhanku "
" Klau begitu kau berjalanlah terus ke arah mentari terbenam sehingga kau akan berjumpa serumpun buluh yang tinggi, kau panjatlah buluh itu, bila sampai kehujungnya terjunlah kamu kebawah "
Amran berasa sangat gembira.
" Terimakasih tuan yang sangat baik hati, semuga Tuhan merahmatimu"
Lalu diperlakukan Amran apa yang disuruh. Sebaik sahaja Amran melepaskan diri dari hujung buluh yang dipanjatnya jatuhlah dia ke buluh buluh yang tajam dan matilah Amran.
Apabila Amran sudah mati maka bertemulah dia dengan Tuhannya lalu gembiralah hati Amran.
" Wahai tuhanku semasa dalam perjalanan kemari ada seorang tua yang seperti alim dan kuat menyembahmu. Orang tua itu menyampaikan salam dan ingin mengetahui manakah syurga yang paling sesuai dengannya? "
Lalu jawab tuhan " Nerakalah tempatnya "
" Mengapa ya tuhanku "
" Kerana orang tua itu beribadat kepadaku hanya berharapkan syurga ku dan tidak sebenarnya menyembahku "
" Oh begitu ... sesungguhnya kaulah yang sangat bijaksana "
Lalu Amran pun bertanya lagi " Wahai tuhanku aku berjumpa dengan seorang yang amat daif rupanya. Hanya meratapi dirinya dan memberitahuku betapa jahat dirinya. Dia mengharapkan aku ini bertanya ke padamu neraka manakah yang akan didudukinya selepas kematiannya ?"
" Ke syurga ku "
" Mengapa ya Tuhanku ".
" Kerana orang tua itu amatlah menyesali perbuatan jahatnya dan sangat takut azab seksaku sehingga dia bertaubat "

" Wahai orang muda mengapa kamu ingin menemuiku ? "
" Ya Tuhan maafkanlah diriku aku ini ingin bertanya kenapakah demikian rupanya tubuh badanku ini sebelah hitam dan sebelah putih? "

" Wahai anak muda yang hitam itu adalah kejahatanmu dan yang putih itu adalah kebaikan mu "
" Sekiranya kau ini terus berbuat baik kepada ibumu, saudaramu dan orang lain disekelilingmu akanberubah putihlah tubuh badan mu itu nanti dan sebaliknya kalau kau ini menjadi jahat akan hitamlah seluruh tubuh dan hatimu"
Pulanglah kepangkuan ibumu dan katanya padanya ayahmu itu dikalangan orang-orang yang baik "

Lalu Amran pun terjaga dari tidur. " Oh bermimpi aku rupanya ... sangat pelik tetapi aku ini sangat gembira "
Amram terus mendapatkan ibunya lalu berkata
" Demi Tuhan yang menjadikan aku, aku ini amat bersyukur atas kejadiannya kini aku memahami kepada sebegini rupa tuhan menjadikan aku. "

Monday, June 8, 2009

CUTI CUTI DI PULAU PERHENTIAN


Nak ke pulau perhentian kena pakai jeti Kuala Belut. Lebih kurang 620km dari klang melalui LPT dan jalan persisiran pantai. Klau jalan dalam hutan lebih kurang 500km.



Pantai ini betul betul depan chalet.. BERBATU BATU sebab mungkin suatu masa dulu disini banyak CORAL semulajadi. Malangnya kebanyakkan sudah mati akibat PENJAJAHAN MANUSIA.

Emmm pulau perhentian memang BEST.

Cantik sungguh air laut kat pulau ni. Pulau Perhentian ni ada dua PULAU PERHENTIAN BESAR dan PH KECIL. Yang banyak resort ni kat yang KECIL. Mungkin sebab tempat ni dah diwartkan sebagai TAMAN LAUT jadi tak delah pencemaran mcm di PANTAI BARAT.




Tak de HOTEL cuma CHALET jer itupun terbina dicelah celah pokok yang asalnya. Nampak NATURAL sungguh dan tak panas. FIRST TIME tengok Tupai Terbang.

Air laut sanagat jernih sampai nampak ikan dan dasar laut. Ikan pun cantik cantik belaka.
Cuma satu lah keburukannya MAKAN MAHAL sekali makan kosnya walaupun untuk 4 orang macam belanja lagi 6 orang lain.

AKTIVITI paling best selain dari mandi SNORKLING
seronok dengan air yang sangat jernih dan kehijau-biruan.

Zharfan and his brother Zhikri really enjoy the days. Zhikri lagilah suke betul ngan air sampai mengigil gigil pun tak mau keluar dari air. Ha ha MAID aku pun suka jugak.