BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, December 30, 2009

Sapa pernah dengar POISSE ?

Baru-baru terjumpa small scale study yang menunjukkan marine collagen di guna bersama suplement glucosamine berkesan untuk merawat penyakit radang sendiri berbanding dengan pengunaan glucosamine sahaja. Tak sangka wife dah pakai collagen ni rupanya dah dekat 8 bulan and she feels good about it. So I dig more abou this collagen kerana selama ni sumber collagen yang utama adalah dari lembu dan khinzir. Marine collagen ni dari sisik ikan.

Buat masa ini penggunaan marine collagen lebih kepada:

Sebagai agen ANTI-PENUAAN yang baik kerana jumlah kolagen yang semakin berkurangan apabila umur meningkat. Selepas beberapa hari penggunaan anda dapat merasakan kulit yang lebih anjal dan skin texture yang lebih baik.

Penggunaan bersama glucosamine atau chondritin boleh membantu pergerakkan pengidap radang sendi lutut (osteoathritis ) dan mengurang pengantungan pada ubat2an NSAIDs ( Pain Killer ).



POISSE ni adalah supplement marine collagen yang dibangunkan oleh syarikat tempatan.





















Produk yang sangat baik ntuk anda
Satu kotak mengandungi 20 sachet
Pengunaan: Satu hari satu sachets

Harga pasaran RM168 ( Semenanjung )
RM 178 ( Sabah Sarawak )
postage free.

emailme at zulsa69@gmail.com

Friday, November 6, 2009

Suka Tadika bulan September.

Ni pengurus peribadi Zharfan ye


















Ni Zhikri tak bersukan tapi makan da


Kesian Zharfan macam nak hitam dah kulit. Jadilah dapat dua hadiah hari tu.

Monday, October 26, 2009

IMPIAN BARU


Mencari impian baru dalam hidup untuk membolehkan kita terus fokus dalam kehidupan seharian. Searching dalam internet ... kebanyakkan impian manusia hanya berkitar untuk mendapat kemewahan a.k.a kereta yang besar, banglo 6000- kaki persegi, duit berjuta untuk dibelanjakan , keluarga yang bahagia da kesihatan yang baik. APAKAH IMPIAN BARU KU ? ....

Friday, June 12, 2009

Kisah budak belang ( hanya dogengan }

Al kisah pada satu zaman lahirlah insan yang bernama Amran ke dunia. Tiada cacat celanya cuma badannya separuh hitam dan separuh putih. Amran berasa sangat malu akan dirinya dan selalu bertanya ibu perihal dirinya.

Apabila Amran sudah meningkat remaja bertanyalah Arman kepada ibunya " Umi kenapa dengan Arman tak seperti orang lain badan sebelah putih dan hitam seperti ini " Ibunya menjawab " Tak apalah Arman syukurilah nikmat Tuhan kerana memberi tubuh badan yang sihat ". Amran seperti tidak berpuashati " Bukan tidak bersyukur ibu tetapi apakah salah Amran sehingga dia menjadikan Amran begini rupanyadan menjadi bahan tertawa orang lain " " Umi bolehkah Amran berjumpa sendiri dengan tuhan itu agar Amran sendiri boleh bertanya padanya " Ibunya lantas diam lalu berkata " Ibu sendiri sudah menasihatikan mu, terpulang padamu tapi .... ibu sendiri pun tidak tahu apakah caranya "
" Klau begitu Umi izinkanlah anakmu ini mengembara mencari caranya " Ibunya hanya mampu menitiskan airmata dan mengangguk kecil tanda setuju. " Umi izinkan Amran, ayah mu pun sudah lama menemui tuhannya , kalau Amran berjaya sampaikanlah salam Umi buatnya ".
Berbekalkan satu persoalan yang perlu difahami dan sedikit makanan Amran memulakan perjalanan yang mungkin tiada penghujungnya.

Hari berganti hari bulan berganti bulan Amran terus mengembara dan bertanya pada sesiapa sahaja bagaimana untuk bertemu dengan tuhannya.

Pada suatu hari Amran berhenti rehat di sebuah pintu Gua. Tidak semena mena ditegur oleh seorang tua yang berjanggut berjambang. Dahinya hitam seperti lebam dan berjubah putih yang sudah usang. Sekilas kata hati Amran berkata orang tua itu pasti seorang yang kuat amalannya.

" Wahai orang muda , kau ini seperti sedang mengembara, gerangan apakah yang dicari ."
" Maafkan saya pendita saya hanya ingin berehat seketika. Benar saya mengembara ingin mencari tuhanku yang menjadikan aku sebegini badanku putih sebahagian dan hitam sebahagiannya lagi. Adakah pendita tahu bagaimana caranya? "

Orang tua itu termenung panjang memikirkan kata kata Amran.

" Saya pun tidak tahu apakah caranya. Teruskanlah pengembaraan mu nanti mungkin ada petanda manalah tahu. "
" Tetapi kalau kau berhasil menemuinya sampaikanlah salamku dan bertanyalah apakah syurga yang akan ku masuki bila ku mati kelak. Aku ini beribadat sudah bertahun lamanya dan tiada yang kutinggalkan hingga hitam dahiku dan lekuk batu sejadahku. "

" Baiklah pendita, akan kusampaikan salam dan pertanyaan mu itu ".

Setelah puas berihat Amran pun meneruskan perjalanannya.

Tanpa penat Amran terus mengembara. Hujan, ribut, kemarau baginya adalah perkara kecil berbanding dengan apa yang dicari.

Dalam perjalanan Amran terserempak dengan seorang tua yang kusut masai, berjanggut berjambang dan menangis hiba berterusan.

" Wahai orang tua, apakah gerangan yang menyedihkan tuan sehingga air mata berjujuran tanpa henti. Jikalau aku ini berkemampuan pasti ku bantu apa yang perlu "
Orang tua itu pun bertanya " Wahai orang muda, kamu ini seperti seorang pengembara kemanakah gerangan tujuan mu "
Lalu Amran membuka bajunya " Inilah jawapan yang ingin ku cari dari tuhankan, mungkin tuan boleh memberi panduan dimanakah harus ku tuju untuk mencari tuhanku"
Lalu menangis hiba orang tua itu " Wahai orang muda aku ini tidak tahu caranya tapi mahukah kau menolongku ?"
" Boleh selagi aku ini terdaya "
" Apabila kau berjumpa tuhanmu sampaikanlah salamku dan nanti kau tanyakanlah dineraka manakah aku nanti apabila sudah mati. Aku ini seorang yang dulunya sangat jahat. Membunuh, minum arak, berzina dan merogo saudara perempuankul seperti mainan bagiku ."
" Baiklah orang tua akan ku panjangkan salam dan pertanyaan mu itu, semoga Tuhan mengasihani dirimu "

Amran pun meneruskan perjalanan sehingga ia berjumpa denganseorang pencari buluh.
" Wahai orang muda kemanakah gerangan ? "
" Aku ini ingin berjumpa dengan Tuhanku "
" Klau begitu kau berjalanlah terus ke arah mentari terbenam sehingga kau akan berjumpa serumpun buluh yang tinggi, kau panjatlah buluh itu, bila sampai kehujungnya terjunlah kamu kebawah "
Amran berasa sangat gembira.
" Terimakasih tuan yang sangat baik hati, semuga Tuhan merahmatimu"
Lalu diperlakukan Amran apa yang disuruh. Sebaik sahaja Amran melepaskan diri dari hujung buluh yang dipanjatnya jatuhlah dia ke buluh buluh yang tajam dan matilah Amran.
Apabila Amran sudah mati maka bertemulah dia dengan Tuhannya lalu gembiralah hati Amran.
" Wahai tuhanku semasa dalam perjalanan kemari ada seorang tua yang seperti alim dan kuat menyembahmu. Orang tua itu menyampaikan salam dan ingin mengetahui manakah syurga yang paling sesuai dengannya? "
Lalu jawab tuhan " Nerakalah tempatnya "
" Mengapa ya tuhanku "
" Kerana orang tua itu beribadat kepadaku hanya berharapkan syurga ku dan tidak sebenarnya menyembahku "
" Oh begitu ... sesungguhnya kaulah yang sangat bijaksana "
Lalu Amran pun bertanya lagi " Wahai tuhanku aku berjumpa dengan seorang yang amat daif rupanya. Hanya meratapi dirinya dan memberitahuku betapa jahat dirinya. Dia mengharapkan aku ini bertanya ke padamu neraka manakah yang akan didudukinya selepas kematiannya ?"
" Ke syurga ku "
" Mengapa ya Tuhanku ".
" Kerana orang tua itu amatlah menyesali perbuatan jahatnya dan sangat takut azab seksaku sehingga dia bertaubat "

" Wahai orang muda mengapa kamu ingin menemuiku ? "
" Ya Tuhan maafkanlah diriku aku ini ingin bertanya kenapakah demikian rupanya tubuh badanku ini sebelah hitam dan sebelah putih? "

" Wahai anak muda yang hitam itu adalah kejahatanmu dan yang putih itu adalah kebaikan mu "
" Sekiranya kau ini terus berbuat baik kepada ibumu, saudaramu dan orang lain disekelilingmu akanberubah putihlah tubuh badan mu itu nanti dan sebaliknya kalau kau ini menjadi jahat akan hitamlah seluruh tubuh dan hatimu"
Pulanglah kepangkuan ibumu dan katanya padanya ayahmu itu dikalangan orang-orang yang baik "

Lalu Amran pun terjaga dari tidur. " Oh bermimpi aku rupanya ... sangat pelik tetapi aku ini sangat gembira "
Amram terus mendapatkan ibunya lalu berkata
" Demi Tuhan yang menjadikan aku, aku ini amat bersyukur atas kejadiannya kini aku memahami kepada sebegini rupa tuhan menjadikan aku. "

Monday, June 8, 2009

CUTI CUTI DI PULAU PERHENTIAN


Nak ke pulau perhentian kena pakai jeti Kuala Belut. Lebih kurang 620km dari klang melalui LPT dan jalan persisiran pantai. Klau jalan dalam hutan lebih kurang 500km.



Pantai ini betul betul depan chalet.. BERBATU BATU sebab mungkin suatu masa dulu disini banyak CORAL semulajadi. Malangnya kebanyakkan sudah mati akibat PENJAJAHAN MANUSIA.

Emmm pulau perhentian memang BEST.

Cantik sungguh air laut kat pulau ni. Pulau Perhentian ni ada dua PULAU PERHENTIAN BESAR dan PH KECIL. Yang banyak resort ni kat yang KECIL. Mungkin sebab tempat ni dah diwartkan sebagai TAMAN LAUT jadi tak delah pencemaran mcm di PANTAI BARAT.




Tak de HOTEL cuma CHALET jer itupun terbina dicelah celah pokok yang asalnya. Nampak NATURAL sungguh dan tak panas. FIRST TIME tengok Tupai Terbang.

Air laut sanagat jernih sampai nampak ikan dan dasar laut. Ikan pun cantik cantik belaka.
Cuma satu lah keburukannya MAKAN MAHAL sekali makan kosnya walaupun untuk 4 orang macam belanja lagi 6 orang lain.

AKTIVITI paling best selain dari mandi SNORKLING
seronok dengan air yang sangat jernih dan kehijau-biruan.

Zharfan and his brother Zhikri really enjoy the days. Zhikri lagilah suke betul ngan air sampai mengigil gigil pun tak mau keluar dari air. Ha ha MAID aku pun suka jugak.




Wednesday, May 27, 2009

Honda Civic pun ade problem

Honda civic 1.8L baru pakai 8 bulan pun dah buat problem.
1. Stereng Vibrate masa braking

Tuesday, May 26, 2009

Zhariff dan 11 bulan














Zharif dah 11 bulan.

  • Dah pandai berdiri sendiri
  • Dah pandai buat bising
  • Dah mula makan entah apa apa
  • Dah pandai panjat tangga
  • Makin kuat nangis
  • Dah tau maka bapak dia nak pergi kerje
  • Dah pandai main dengan abang2 die.

Monday, May 4, 2009

BLACKSTONE RESORT BESERAH

Blackstone Resort di Panatai Beserah Kuantan.

Tak jauh dari bandar Kuantan lebih kurang 10 minit jer. Nama blackstone tu agaknya sebab kat pantai tu ada banyak batu hitam plus pasir pantai pun hitam.
Tapi masa melawat pantai belakang Resort tu ... mak ai besarnya ombak. Kalau ikut cakap orang situ pantai sekitar sini kalau bawak anak anak main di pantai kena pantau habis habisan tak boleh leka... taku di sauk dek ombak yang besar dan arus yang kadang-kadang kuat. Klau budak kecik jatuh dan time tu ombak golong tu datang ... boleh tergulung sekali ngan budak tu.

Dan ini semua shot yang sempat diambik di waktu dah senja.
Okay resort ni kecik je tapi ada swimming pool, tempat barbeque yang kita boleh sewa. Pantai kat belakang tu ada penahan ombak sebab bila air pasang dah tak nampak langsung pantai dan ombak yang agak kuat terutamanya di musin tengkujuh.
Wesite dema ni di http://www.psjgroup.com/blackstone/
Dan ini semua shot yang sempat diambik di waktu dah senja.


Batu batu hitam tu dalam gambar je menarik tapi sebenarnya pasir pantai yang hitam tu yang unik .... pantai di sini pun dipanggil Pantai Pasir Hitam.

Monday, April 13, 2009

A song from Kelly Clarkson to my wife ....

Tuesday, February 17, 2009

http://s2.bitefight.org/c.php?uid=224488

Thursday, February 12, 2009

Hari Raya

Thursday, January 22, 2009



Happy children

Tuesday, January 20, 2009


Our new home. The picture was taken few days after we received the key. We have already move in almost a week.

Sadly my sonyerricson phone has spoiled. So from now on I will upload photo from my 2 years old nikon digital camera.